Sunday, 8 May 2016

Mesyuarat Agung PIBG SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed 2016

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan..

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed telah bermesyuarat dan bersepakat untuk melaksanakan mesyuarat agung PIBG untuk tahun 2016 pada hari Sabtu yang bertarikh 30 April 2016 yang telah dijalankan bertempat di dewan serbaguna taman Malihah berhampiran dengan sekolah.


Agenda mesyuarat telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi setelah ibu bapa dan guru-guru mengambil tempat duduk masing-masing. Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan daripada tuan YDP PIBG dan seterusnya adalah pembentangan akaun bendahari serta aktviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak PIBG dengan kerjasama daripada pihak sekolah pada tahun lepas.

sesi pendaftaran 


guru besar turut mendaftar kehadiran


ajk pendaftaran tetamu


tetamu yang hadir duduk mengambil tempat masing-masing




sesi berlangsungnya mesyuarat agung PIBG






sesi soal jawab ibubapa bersama PIBG





mesyuarat telah selesai dan ditangguhkan untuk memberi laluan dan hormat kepada ketibaan Yang Berhormat Datuk





acara diteruskan dengan doa pembukaan oleh ustaz Mohamad Ziyad dan ucapan oleh tuan YDP PIBG sekolah seterusnya ucapan oleh Yang Berhormat




majlis diteruskan lagi dengan acara kemuncak iaitu acara cabutan bertuah






sekian sahaja berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed, jutaan terima kasih atas segala bantuan yang telah dihulurkan bagi memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya, sama ada langsung atau tidak langsung. Segala salah silap dan kekurangan yang berlaku sepanjang pengendalian majlis ini, pihak sekolah dan juga ajk tertinggi PIBG memohon beribu kemaafan kepada tetamu-tetamu yang hadir.




" Ketika hidup memberi anda seribu alasan untuk menangis, maka berikanlah ribuan alasan untuk hidup bahwa anda akan tersenyum"